Thursday, 15 November 2012

Kita

“Juan, kau kenapa?” tanya Baki. Dia mengambil sebatang pensel dan sehelai kertas putih.

Juan mengeluh kecil. Dia tidak menjawab dan hanya memandang ke arah Baki yang sibuk melakar. “Tak ada apalah. Kau tengah buat apa?” tanya Juan kembali.

“Main biliard.” jawab Baki selamba. Pandangannya masih belum dialihkan dari lukisan di depan mata.

“Ceit. Aku tanya, kau buat main-main pulak.” ujar Juan sam

bil mencebik bibir.

Baki memanggung kepala dan memandang Juan sebelum ketawa kecil. “Heh, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.”

“Yang kau ni tiba-tiba keluar aura A Samad Said kenapa?” tanya Juan malas.

“Yelah. Aku tanya kau, kau jawab main-main. Aku pun follow jelah. Hekhekhek.” ujar Baki sambil meneruskan lukisannya.

Juan mendengus kecil. Geram gamaknya kena main dengan Baki. Tapi dia tahu, sahabatnya itu berniat baik. “Yelah. Hmm… aku tengah frust.”

“Kenapa?” tanya Baki lagi. Bulatan hemisfera dibentuk selari. Garis grid dibiarkan berdiri satu barisan. Beauty.

“Yelah. Aku tengok orang lain tu hidup dia senang je. Nak makan senang, nak dapat kerja senang, nak duit senang… pendek kata semua bendalah senang. Aku ni jugaklah yang terkontang-kanting. Semua mesti in hard way. Tu pun kadang-kadang entah dapat entah tak. Mana aku tak frust bila jadi macam ni.” ujar Juan. Habis semua cerita dalam hati Juan keluarkan. Sikit pun dia tak simpan.

Baki tersenyum sedikit sambil menggeleng. “Maknanya kau dengki la dengan orang lain? Macam tu?”

“Tak la sampai dengki. Cuma aku frust sikit je…” keluh Juan. Riak wajahnya bertukar keruh.

“Aku nak tanya kau ni. Kau pernah dengar tak orang cakap, rezeki tu masing-masing?” tanya Baki.

Juan angguk. Baki tersenyum lagi. “Jadi, kau tak sepatutnya risau. Allah dah atur cantik-cantik jalan hidup kita, rezeki kita, jodoh kita… so, there is no single reason why you should be like this. Kau relax je. Insya Allah akan sampai waktunya. ”

“Satu lagi Juan, kalau kau rasa satu-satu benda tu berat, kau anggap saja ni sebagai ujian untuk kau. Ujian dari Allah untuk uji sejauh mana keikhlasan iman kau terhadap-Nya. Okey?”

Monday, 17 September 2012

Think. And smile.



“Ish, serabutnya aku!” jerit Hakim tiba-tiba. DK yang sedang asyik menonton TV tersentak. Habis terpelanting keropok yang ada di tangan. Nasib baik tidak menyembur yang ada dalam mulut sekali. Kalau tak, jenuh la nak menyapu. Dahla sapu rumah ni seminggu sekali!

Dipalingnya ke sebelah melihat rakannya yang baru melabuhkan punggung di sofa sebelah. “Kau apahal? Sawan?” tanya DK. Concern seorang sahabat.

Hakim mengeluh berat. “Aku serabut dowh! Kepala aku dah macam nak meletup fikir fasal benda nih! Pening nak pilih yang mana satu. Dua-dua penting kot!”

“Dah tu kau tunggu apa lagi kat sini?” tanya DK lagi. Mulutnya tidak berhenti mengunyah keropok yang di ambil dalam bekas. Balance semalam makan dengan nasi goreng punya. Main aci redah je la walaupun rasa lemau-keras sikit sebab dah masuk angin. Standard la hidup membujang macam ni. Bersyukur je lah~

Hakim mengerling DK yang setia dengan keropoknya. “Tunggu apa?” tanyanya. Blurr.

“Kau cakap kau serabut kan? Kau jadi tugu negara depan ni nak buat apa? Boleh selesai masalah ke bila kau jadi patung kayu kat depan ni?” tanya DK kembali.

Dahi Hakim berkerut. Apa punya orang ni? Aku dah serabut, dia nak main bagi ayat kiasan pulak?? “Oii, aku tak faham. Kau boleh tak cakap jangan pusing-pusing?”

“Dah habis straight la ni. Kau cakap kau serabut kan? Jadi, nak hilangkan kau punya serabut tu, kau pergi la mintak petunjuk kat Allah. Dia Maha Mengetahui. Daripada kau bertanggak depan aku ni, apa kau dapat hah?” selamba DK bertutur.

Sedas kena kat batang hidung.

“Dude, hidup ni takder la susah mana pun. Kau ada masalah, kau mengadu la dengan Allah SWT. Bukan kau kena pergi bising sana-sini, tulis dalam facebook la, twitter la, apa la… baik kau guna masa tu untuk minta tolong dengan Allah SWT. Tak ke kau rasa macam ni lagi baik?” leter DK lagi.

Hakim tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal. Memang betul juga kan? Daripada konon-konon luah perasaan sana-sini, daripada bising-bising tak tentu hala, baik angkat tangan dan mintak tolong dekat Allah SWT. Kan? :)

Monday, 30 July 2012

Patient

"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan". (Hud 11:115)


i dont have it. Patient. Serius. Aku takder kesabaran. Haish, i know its bad. REALLY bad. Tapi aku nak buat macam mana? dari dulu, aku memang macam ni. Panas baran semedang. Well, actually, i didnt know about that until my ex-roomate tell me. 


"Dude, you've one big problem. Panas baran. No patient."


then, i asked my sis. Did i, ever, lost my patient? Panas baran sangat ke?


"SANGAT panas baran."


Dang!kena sebatang kat hidung aku!

 But, from time to time, i'll try to manage my anger. Cool down, chill... Dalam Quran pun banyak suruh bersabar, kan? So, aku try.


Tapi, aku bukan maksum. Aku manusia dan juga bukan alien. So, sometimes, it just slip away. Kesian kat orang yang kena dengan aku tu... huhu~
Dah tu, mula la rasa nak menyesal la, apa la... nak minta maaf, segan la pulak... 


Okay la, aku practice kat sini dulu.

"Emm... kepada yang kecil hati, mintak ampun. Tak sengaja. Huhu~
Im not good with words. but believe me, deep in my heart, there's more than love if its about you guys. So, sempena bulan baik hari baik ni, elok la kita berbaik. Takpe, nanti raya kita datang rumah awak ye." (apahal bahasa cam ngokngek je aku rasa???) hakhakhak.

Tu kira PBM (pengakuan berani mati) aku jugak r. Korang plak bila?? sendiri mau ingat la. Kalau terasa kita punya anger atau perangai cambengong suka bagi orang sakit hati, rajin-rajin la sengih mintak mahap. Nanti settle la semua tu k :)


Ortye ey, adiosszz :D


Sunday, 29 July 2012

Vice Versa




Surah AnNuur. Ayat 026  
 (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Okay. Main point aku kat sini ialah, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik and vice versa.
Mula-mula aku macam tak berapa nak paham sangat apa maksud sebenar dengan ayat ni. Tapi, bila this one day, aku jumpa pakcik yang bernama Ayah Long atas train, dia cerita dekat aku pasal topik ni.

Katanya, ayat ni memang betul. Sebab, kalau orang tu jahat gila punya, takkan dia nak dapat yang stok ustazah pulak kan? Samalah juga, takkan uztaz2 pilihan nak dapat stok yang 2ndhand pulak kan? 
Tapi macam mana boleh jadi macam tu pulak? Kan ke semua orang jumpa dengan orang lain, sama macam semua orang. So, peluang nak kenal dan jumpa dengan orang yang bukan dari spesies kita tinggi, kan?

So, kat sini la persekitaran main peranan penting. Persekitaran bukan pasal pokok ke monyet dalam hutan tu tau, tapi persekitaran hidup kita. Dengan siapa kita jumpa, hidup, main, makan, etc...
Kalau kau stok kaki clubbing, kaki dangdut, kaki berdaki, potensi untuk kau dapat couple yang sebijik perangai cam kau adalah 99.99%. Cam mana kau punya perangai setan, camtu jugaklah kau punya bakal bini/ bakal husband. Exactly. Like mirror.

Tapi, kalau tempat lepak kau masjid, surau dan kawasan yang sama waktu dengannya, Insya Allah, macam tu jugalah kau punya pasangan.

Why?

Sebabnya, kalau dah tempat lepak kau kat club, bila masa pula kau akan jumpa orang yang baik-baik kat sana? And, why the thing kau boleh claim untuk dapat bini yang baik? Not in a million years, dude!

Dan, kalau kau lepak kat masjid, takkanlah kau terlebih pandai nak masuk club kan? Nak tempah batu nisan dengan ayah kau boleh la kot? jadi, peluang untuk kau jumpa orang yang suka clubbing adalah 0.09%. See? bila dah tak jumpa, celah mana pula yang nak jadi pasangan.

So, kat sini la jadi reason "lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya."

Pilihan masing-masing la cik kak. Kalau kau sanggup tengok keturunan kau rosak kat club, atau kau nak keturunan kau jadi bilal kat masjid, kau pilih sendiri. Ada otak, guna. Bukan simpan kat lutut okay?

Adios. :)

Intro Jade The Legend

Assalamualaikum.

Start hari ni, blog ini akan menjadi tempat rasmi aku untuk berleter. Emm... content blog ini adalah berada sepenuhnya di bawah kekuasaan aku. Jadi, 100% isi-isi tersirat ke tersurat ke berlipat ke apa ke... suka hati aku. Terasa, ambil. Tak rasa, bagi balik. Tapi jangan risau, as long as we respect each other, aku takder hal-hal berbangkit yang lain. Kuih bangkit tunggu incoming raya.

Oh ya, nak kasi pandangan ke pemandangan ke, aku juga tak kisah. Suka hati korang la. Free country katakan. Heh~

Adios amigos for now. :)