Monday, 30 July 2012

Patient

"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan". (Hud 11:115)


i dont have it. Patient. Serius. Aku takder kesabaran. Haish, i know its bad. REALLY bad. Tapi aku nak buat macam mana? dari dulu, aku memang macam ni. Panas baran semedang. Well, actually, i didnt know about that until my ex-roomate tell me. 


"Dude, you've one big problem. Panas baran. No patient."


then, i asked my sis. Did i, ever, lost my patient? Panas baran sangat ke?


"SANGAT panas baran."


Dang!kena sebatang kat hidung aku!

 But, from time to time, i'll try to manage my anger. Cool down, chill... Dalam Quran pun banyak suruh bersabar, kan? So, aku try.


Tapi, aku bukan maksum. Aku manusia dan juga bukan alien. So, sometimes, it just slip away. Kesian kat orang yang kena dengan aku tu... huhu~
Dah tu, mula la rasa nak menyesal la, apa la... nak minta maaf, segan la pulak... 


Okay la, aku practice kat sini dulu.

"Emm... kepada yang kecil hati, mintak ampun. Tak sengaja. Huhu~
Im not good with words. but believe me, deep in my heart, there's more than love if its about you guys. So, sempena bulan baik hari baik ni, elok la kita berbaik. Takpe, nanti raya kita datang rumah awak ye." (apahal bahasa cam ngokngek je aku rasa???) hakhakhak.

Tu kira PBM (pengakuan berani mati) aku jugak r. Korang plak bila?? sendiri mau ingat la. Kalau terasa kita punya anger atau perangai cambengong suka bagi orang sakit hati, rajin-rajin la sengih mintak mahap. Nanti settle la semua tu k :)


Ortye ey, adiosszz :D


Sunday, 29 July 2012

Vice Versa




Surah AnNuur. Ayat 026  
 (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Okay. Main point aku kat sini ialah, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik and vice versa.
Mula-mula aku macam tak berapa nak paham sangat apa maksud sebenar dengan ayat ni. Tapi, bila this one day, aku jumpa pakcik yang bernama Ayah Long atas train, dia cerita dekat aku pasal topik ni.

Katanya, ayat ni memang betul. Sebab, kalau orang tu jahat gila punya, takkan dia nak dapat yang stok ustazah pulak kan? Samalah juga, takkan uztaz2 pilihan nak dapat stok yang 2ndhand pulak kan? 
Tapi macam mana boleh jadi macam tu pulak? Kan ke semua orang jumpa dengan orang lain, sama macam semua orang. So, peluang nak kenal dan jumpa dengan orang yang bukan dari spesies kita tinggi, kan?

So, kat sini la persekitaran main peranan penting. Persekitaran bukan pasal pokok ke monyet dalam hutan tu tau, tapi persekitaran hidup kita. Dengan siapa kita jumpa, hidup, main, makan, etc...
Kalau kau stok kaki clubbing, kaki dangdut, kaki berdaki, potensi untuk kau dapat couple yang sebijik perangai cam kau adalah 99.99%. Cam mana kau punya perangai setan, camtu jugaklah kau punya bakal bini/ bakal husband. Exactly. Like mirror.

Tapi, kalau tempat lepak kau masjid, surau dan kawasan yang sama waktu dengannya, Insya Allah, macam tu jugalah kau punya pasangan.

Why?

Sebabnya, kalau dah tempat lepak kau kat club, bila masa pula kau akan jumpa orang yang baik-baik kat sana? And, why the thing kau boleh claim untuk dapat bini yang baik? Not in a million years, dude!

Dan, kalau kau lepak kat masjid, takkanlah kau terlebih pandai nak masuk club kan? Nak tempah batu nisan dengan ayah kau boleh la kot? jadi, peluang untuk kau jumpa orang yang suka clubbing adalah 0.09%. See? bila dah tak jumpa, celah mana pula yang nak jadi pasangan.

So, kat sini la jadi reason "lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya."

Pilihan masing-masing la cik kak. Kalau kau sanggup tengok keturunan kau rosak kat club, atau kau nak keturunan kau jadi bilal kat masjid, kau pilih sendiri. Ada otak, guna. Bukan simpan kat lutut okay?

Adios. :)

Intro Jade The Legend

Assalamualaikum.

Start hari ni, blog ini akan menjadi tempat rasmi aku untuk berleter. Emm... content blog ini adalah berada sepenuhnya di bawah kekuasaan aku. Jadi, 100% isi-isi tersirat ke tersurat ke berlipat ke apa ke... suka hati aku. Terasa, ambil. Tak rasa, bagi balik. Tapi jangan risau, as long as we respect each other, aku takder hal-hal berbangkit yang lain. Kuih bangkit tunggu incoming raya.

Oh ya, nak kasi pandangan ke pemandangan ke, aku juga tak kisah. Suka hati korang la. Free country katakan. Heh~

Adios amigos for now. :)